TENNIS ELBOW/SIKU TENNIS
Siku tennis/ “ Tennis elbow ” adalah radang pada tendon yang menyebabkan rasa sakit pada siku dan lengan. Tendon yang terlibat adalah extensor carpi radialis brevis (ECRB) .Tendon ini terletak pada epikondal luar tulang lengan (humerous). Ini menyebabkan radang, kesakitan dan ketegangan pada luar siku.
PUNCA-PUNCA SIKU TENNIS?
- Apa-apa aktiviti yang berulang secara kerap, terutama sekali penggunaan ibu jari dan 2 jari utama
Seperti mencengkam raket semasa ayunan - boleh meregangkan otot dan memberi tekanan pada tendon dan menyebabkan kecederaan mikroskopik tisu)
- pekerjaan atau hobi yang memerlukan pergerakan lengan atau cengkaman berulang (pertukangan kayu, Menaip, Mengecat, Menyapu & Mengait)
TANDA-TANDA SIKU TENNIS?
- Kesakitan dan ketegangan di luar siku. (tulang tepi)
- Kesakitan juga melarat ke lengan atas atau lengan bawah.
- Sakit ketika mengangkat sesuatu
- Menumbuk atau menggenggam sesuatu objek, seperti raket tenis
- Membuka pintu atau berjabat tangan
- Mengangkat tangan atau meluruskan pergelangan tangan anda
RAWATAN SIKU TENNIS?
- AIS – mengurangkan kesakitan dan bengkak (Dicadangkan 10mins setiap 3-4jam sekali untuk 2-3 hari atau sehingga sakit hilang.
- Menggunakan tapping/straping – melindungi tendon yang cederan daripada terus cedera
- Mengambil ubat anti-radang ( ibuprofen/naproxen/aspirin)- untuk kurangkan sakit dan bengkak
- Melakukan senaman regangan untuk meningkatkan fleksibiliti dan mengurankan ketegangan tendon yang cedera
- Rawatan fisioterapi
Mengambil suntikan steroid atau ubat penahan sakit untuk meredakan bengkak dan sakit di bahagian sendi untuk sementara waktu. Kajian menunjukkan bahawa suntikan steroid tidak membantu dalam jangka masa panjang.
BAGAIMANA KAMI DAPAT BANTU PULIHKAN KECEDERAAN FIZIKAL ANDA DENGAN RAWATAN TERAPI MANUAL?
Setelah merawat lebih 5,000 pelanggan di Armels Sports Recovery Center, kami sedar begitu ramai sekali pelanggan/pesakit tidak mengetahui kecederaan fizikal yang mereka alami.
Ada yang sudah sampai tahap kronik!
Ada juga yang keliru dengan kecederaan yang mereka alami.
JENIS-JENIS KECEDERAAN FIZIKAL
Pelbagai jenis kecederaan fizikal yang telah kami kesan yang kerap berlaku di kalangan pelanggan/pesakit kami.
Antaranya:
Dan pelbagai lagi kecederaan fizikal yang lain.
JANGAN RISAU!
Kami sedia membantu anda mengenalpasti kecederaan yang anda alami.
SEMUANYA AKAN DIMULAKAN DENGAN PEMERIKSAAN KECEDERAAN
Pemeriksaan kecederaan dilakukan dengan melalui 4 fasa:
INJURY HISTORY
Certified Therapists akan bertanya tentang sejarah kecederaan bagi memahami dengan lebih terperinci tentang kecederaan yang dialami.
Sakit kat mana? Dah berapa lama?
OBSERVATION
Therapist akan melakukan pemerhatian pada bahagian kecederaan.
Adakah ada sebarang perubahan pada bahagian kecederaan seperti bengkak atau lebam?
PALPATION
Therapist akan menyentuh pada kawasan kecederaan untuk mengetahui tahap kecederaan yang dialami.
EXAMINATION
Ini adalah fasa terakhir di dalam pemeriksaan kecederaan di mana therapist akan melakukan ujian fizikal untuk melihat keterbatasan pergerakan pada kawasan kecederaan.
Sesi pemeriksaan kecederaan ini biasanya akan mengambil masa dalam lingkungan 30 minit.
Dan kebiasaannya di mana-mana pusat rawatan terapi, anda akan dicaj pada kadar sekitar RM70 hingga RM120 untuk sesi pemeriksaan kecederaan ini.
PEMERIKSAAN KECEDERAAN INI ADALAH PERCUMA
BOLEH SAYA DAPATKAN TERUS RAWATAN SELEPAS PEMERIKSAAN KECEDERAAN SELESAI DILAKUKAN?
Ya, boleh!
Selepas sesi pemeriksaan kecederaan dilakukan, kami akan mengesyorkan rawatan yang sesuai mengikut jenis dan tahap kecederaan anda. (Tanpa paksaan!)
APA KATA PELANGGAN KAMI?
BERMINAT NAK DAPATKAN PEMERIKSAAN KECEDERAAN DAN RAWATAN DENGAN KAMI?
Lakukan tempahan dengan menghubungi kami di 0134069885
Kami beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Pilih masa yang bersesuaian dengan anda.
013-4069885 (Call/Whatsapp)
Lokasi kami adalah di Ampang, berdekatan Tesco Extra Ampang.
ARMELS SPORTS RECOVERY CENTER