"SINDROM DE QUERVAIN"
Sindrom De Quervain adalah keradangan pada dua tendon dipangkal ibu jari iaitu extensor pollicis brevis dan abductor pollicis longus.Tendon ini terletak dalam terowong di pergelangan tangan
Sindrom De Quervain boleh berlaku secara beransur-ansur atau tiba-tiba apabila tendon menjadi bengkak atau menebal hasil penggunaan berulang-ulang dan menyebabkan kesukaran pergerakan pergelangan tangan
Boleh menyebabkan kesakitan dan ketegangan di sepanjang pangkal ibu jari. Sakit akan meningkat apabila membuat genggaman pada jari tangan, menggenggam sesuatu atau apabila memusing pergelangan tangan.
APAKAH PUNCA SINDROM DE QUERVAIN
• Penggunaan pangkal jari dan pergelangan tangan yang berulang-ulang/overuse (berkebun, bermain golf, sukan raket atau mengangkat bayi)
• Berhubung-kait dengan kehamilan.
• Kecederaan secara langsung pada pergelangan tangan atau tendon (parut boleh menyekat pergerakan tendon)
• Radang sendi, seperti Atritis Reumatoid.
APAKAH GEJALA SINDROM DE QUERVAIN?
• Sakit dan bengkak di sekitar pangkal ibu jari dan boleh merebak sehingga ke lengan.
• Sensasi “catching” atau “menyentap” boleh dirasai apabila menggerakkan ibu jari.
• Mempunyai kesukaran membengkok ibu jari.
• Mempunyai kesukaran mencubit atau menggenggam dengan ibu jari atau tangan.
• Rasa sakit apabila mengerakkan pergelangan tangan dari sisi ke sisi atau berpusing.
• Pergerakan yang terhad dan rasa lemah pada ibu jari.
• Kebas sepanjang belakang jari telunjuk dan ibu jari (akibat saraf yang terganggu berada di dalam sarung tendon).
RAWATAN SINDROM DE QUERVAIN?
• Rawatan Ais
• Elektroterapi (seperti Ultra Sound)
• Senaman untuk meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti pada ibu jari dan pergelangan tangan.
• Taping/Straping
• Rawatan Fisioterapi
• Suntikan kortikosteroid di area tendon, untuk meredakan pembengkakan
• Pengambilan ubat anti-radang, seperti ibuprofen dan naproxen.
• Penggunaan “thumb splint” untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk dan untuk menyokong struktur pergelangan tangan.
BAGAIMANA KAMI DAPAT BANTU PULIHKAN KECEDERAAN FIZIKAL ANDA DENGAN RAWATAN TERAPI MANUAL?
Setelah merawat lebih 5,000 pelanggan di Armels Sports Recovery Center, kami sedar begitu ramai sekali pelanggan/pesakit tidak mengetahui kecederaan fizikal yang mereka alami.
Ada yang sudah sampai tahap kronik!
Ada juga yang keliru dengan kecederaan yang mereka alami.
JENIS-JENIS KECEDERAAN FIZIKAL
Pelbagai jenis kecederaan fizikal yang telah kami kesan yang kerap berlaku di kalangan pelanggan/pesakit kami.
Antaranya:
Dan pelbagai lagi kecederaan fizikal yang lain.
JANGAN RISAU!
Kami sedia membantu anda mengenalpasti kecederaan yang anda alami.
SEMUANYA AKAN DIMULAKAN DENGAN PEMERIKSAAN KECEDERAAN
Pemeriksaan kecederaan dilakukan dengan melalui 4 fasa:
INJURY HISTORY
Certified Therapists akan bertanya tentang sejarah kecederaan bagi memahami dengan lebih terperinci tentang kecederaan yang dialami.
Sakit kat mana? Dah berapa lama?
OBSERVATION
Therapist akan melakukan pemerhatian pada bahagian kecederaan.
Adakah ada sebarang perubahan pada bahagian kecederaan seperti bengkak atau lebam?
PALPATION
Therapist akan menyentuh pada kawasan kecederaan untuk mengetahui tahap kecederaan yang dialami.
EXAMINATION
Ini adalah fasa terakhir di dalam pemeriksaan kecederaan di mana therapist akan melakukan ujian fizikal untuk melihat keterbatasan pergerakan pada kawasan kecederaan.
Sesi pemeriksaan kecederaan ini biasanya akan mengambil masa dalam lingkungan 30 minit.
Dan kebiasaannya di mana-mana pusat rawatan terapi, anda akan dicaj pada kadar sekitar RM70 hingga RM120 untuk sesi pemeriksaan kecederaan ini.
PEMERIKSAAN KECEDERAAN INI ADALAH PERCUMA
BOLEH SAYA DAPATKAN TERUS RAWATAN SELEPAS PEMERIKSAAN KECEDERAAN SELESAI DILAKUKAN?
Ya, boleh!
Selepas sesi pemeriksaan kecederaan dilakukan, kami akan mengesyorkan rawatan yang sesuai mengikut jenis dan tahap kecederaan anda. (Tanpa paksaan!)
APA KATA PELANGGAN KAMI?
BERMINAT NAK DAPATKAN PEMERIKSAAN KECEDERAAN DAN RAWATAN DENGAN KAMI?
Lakukan tempahan dengan menghubungi kami di 0134069885
Kami beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Pilih masa yang bersesuaian dengan anda.
013-4069885 (Call/Whatsapp)
Lokasi kami adalah di Ampang, berdekatan Tesco Extra Ampang.
ARMELS SPORTS RECOVERY CENTER