LUTUT CHONDROMALACIA
Tulang rawan di bawah tempurung lutut (patella) adalah penyerap tekanan semula jadi. Ia menyediakan permukaan licin yang berkilauan untuk membolehkan sendi bergerak dengan lancar
Penggunaan yang berlebihan, kecederaan atau faktor-faktor lain seperti penuaan, yang boleh merosakkan tulang rawan akan membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai lutut Chondromalacia. Keadaan ini juga biasa dipanggil sindrom sakit patellofemoral.
Apakah Punca Lutut Chondromalacia?
- Penggunaan yang berlebihan, contoh dalam sukan tertentu yang melibatkan berlari dan melompat.
- Kedudukan tempurung lutut yang tidak betul. (Kelemahan otot (vastus medialis oblique VMO),
- Struktur luar lutut, ITB (Ilio Tibial Band) yang tegang atau pendek.
- Tapak kaki yang membengkok ke dalam/pronating.
- Kelemahan otot pinggul (hip abductor and external rotator).
- Artritis sendi lutut (orang dewasa).
Apakah Gejala Lutut Chondromalacia?
- Sakit di sekitar lutut. Kesakitan biasanya akan di rasai pada bahagian hadapan lutut, sekeliling atau belakang tempurung lutut (patela).
- ‘Popping’ atau klik (crepitus) apabila anda membengkokkan lutut
- Patella akan bergesel dan boleh mendengar bunyi geselan apabila mencangkung atau naik dan turun tangga.
- Duduk (dengan bengkok lutut) untuk tempoh masa yang lama menambahkan kesakitan.
- Kesakitan biasanya lebih teruk apabila naik atau turun tangga, mencangkung dan melutut.
- Lutut boleh membengkak dengan penggunaan yang kerap serta menjadikan otot-otot lutut menjadi keras dan ketat.
Faktor Risiko Lutut Chondromalacia?
- Remaja dan orang dewasa muda lebih cenderung
- Wanita lebih berisiko daripada lelaki. Ini disebabkan pelvis wanita yang lebih lebar akan meningkatkan sudut ‘Q’ patela.
- Trauma kepada tempurung lutut, seperti dislokasi atau patah.
- Kecacatan lutut atau tapak kaki yang rata.
- Sukan tertentu yang melibatkan banyak berlari atau melompat.
Rawatan Lutut Chondromalacia?
- Rawatan Ais
- Rawatan Fisioterapi
- Senaman khusus menguatkan otot untuk menyokong lutut dan mengawal kedudukan sendi
- Senaman regangan
- Taping dan Strapping (memberi sokongan pada sendi lutut, mengurangkan sakit dan merangsang pergerakan normal)
- Pendidikan (mengelakkan sebarang senaman yang meningkatkan sakit lutut. cuba lakukan senaman yang berimpak rendah seperti berenang agar kurang tekanan pada lutut
BAGAIMANA KAMI DAPAT BANTU PULIHKAN KECEDERAAN FIZIKAL ANDA DENGAN RAWATAN TERAPI MANUAL?
Setelah merawat lebih 5,000 pelanggan di Armels Sports Recovery Center, kami sedar begitu ramai sekali pelanggan/pesakit tidak mengetahui kecederaan fizikal yang mereka alami.
Ada yang sudah sampai tahap kronik!
Ada juga yang keliru dengan kecederaan yang mereka alami.
JENIS-JENIS KECEDERAAN FIZIKAL
Pelbagai jenis kecederaan fizikal yang telah kami kesan yang kerap berlaku di kalangan pelanggan/pesakit kami.
Antaranya:
Dan pelbagai lagi kecederaan fizikal yang lain.
JANGAN RISAU!
Kami sedia membantu anda mengenalpasti kecederaan yang anda alami.
SEMUANYA AKAN DIMULAKAN DENGAN PEMERIKSAAN KECEDERAAN
Pemeriksaan kecederaan dilakukan dengan melalui 4 fasa:
INJURY HISTORY
Certified Therapists akan bertanya tentang sejarah kecederaan bagi memahami dengan lebih terperinci tentang kecederaan yang dialami.
Sakit kat mana? Dah berapa lama?
OBSERVATION
Therapist akan melakukan pemerhatian pada bahagian kecederaan.
Adakah ada sebarang perubahan pada bahagian kecederaan seperti bengkak atau lebam?
PALPATION
Therapist akan menyentuh pada kawasan kecederaan untuk mengetahui tahap kecederaan yang dialami.
EXAMINATION
Ini adalah fasa terakhir di dalam pemeriksaan kecederaan di mana therapist akan melakukan ujian fizikal untuk melihat keterbatasan pergerakan pada kawasan kecederaan.
Sesi pemeriksaan kecederaan ini biasanya akan mengambil masa dalam lingkungan 30 minit.
Dan kebiasaannya di mana-mana pusat rawatan terapi, anda akan dicaj pada kadar sekitar RM70 hingga RM120 untuk sesi pemeriksaan kecederaan ini.
PEMERIKSAAN KECEDERAAN INI ADALAH PERCUMA
BOLEH SAYA DAPATKAN TERUS RAWATAN SELEPAS PEMERIKSAAN KECEDERAAN SELESAI DILAKUKAN?
Ya, boleh!
Selepas sesi pemeriksaan kecederaan dilakukan, kami akan mengesyorkan rawatan yang sesuai mengikut jenis dan tahap kecederaan anda. (Tanpa paksaan!)
APA KATA PELANGGAN KAMI?
BERMINAT NAK DAPATKAN PEMERIKSAAN KECEDERAAN DAN RAWATAN DENGAN KAMI?
Lakukan tempahan dengan menghubungi kami di 0134069885
Kami beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Pilih masa yang bersesuaian dengan anda.
013-4069885 (Call/Whatsapp)
Lokasi kami adalah di Ampang, berdekatan Tesco Extra Ampang.
ARMELS SPORTS RECOVERY CENTER