KECEDERAAN HAMSTRING
Ketegangan hamstring berlaku disebabkan oleh pengecutan secara cepat, regangan atau tekanan kuat melebihi hadnya kepada kumpulan otot hamstring yang mengakibatkan otot cedera atau koyak.
Tahap kecederaan hamstring dibahagikan kepada 3 gred:
Gred 1: ketegangan ringan pada otot
Gred 2: koyak pada sebahagian otot
Gred 3: koyak pada keseluruhan otot
PUNCA KECEDERAAN HAMSTRING
1. Melakukan pergerakan mengejut pada otot, seperti melompat atau sebarang aktiviti yang boleh merenggangkan otot tersebut secara berlebihan.
2. Pernah mengalami kecederaan hamstring sebelum ini.
3. Otot yang kurang fleksibel mempengaruhi respon otot kepada pergerakan ketika aktiviti.
4. Ketidakstabilan antara depan dan belakang otot
5. Sukan jenis berlari dan berhenti secara tiba-tiba
TANDA ANDA MENGALAMI KECEDERAAN HAMSTRING
Gred 1:
Biasanya kaki boleh menjadi cramp & berasa sakit apabila otot digerakkan. Akan merasa sedikit sakit dan nyeri pada belakang peha atau sukar menggerakkan kaki.
Gred 2:
Kurang kronik. Lebih teruk daripada Gred 1 kerana kesakitan lebih dirasai apabila otot bergerak. Lebih banyak otot tercedera . Belakang peha mungkin menjadi bengkak dan lebam dalam kes tertentu.
Gred 3:
Kes kronik. Otot Hamstring koyak sampai boleh nampak pendarahan dalaman kalau dibiarkan beberapa hari. Merasa sangat sakit dan nyeri dengan bengkak dan lebam, di samping rasa pantulan (bouncing) pada kaki yang tercedera dan tidak dapat menggunakannya.
- Sakit dan tegang menusuk dibahagian belakang peha apabila otot hamstring menganjal melebihi tahap maksimumnya.
- Otot akan mula membengkak dalam masa beberapa jam selepas itu.
- Selepas mengalami kecederaan hamstring , kebiasaannya lutut tidak boleh dibengkokkan melebihi 30° atau 40° atau diluruskan
- Perubahan warna sepanjang bahagian belakang kaki dan disertai dengan rasa lemah-lemah otot.
RAWATAN UNTUK KECEDERAAN HAMSTRING
PENDEKATAN R.I.C.E
REST
Rehat yang secukupnya daripada aktiviti bersukan sekurang-kurangnya
- 3 minggu untuk Gred 1
- 4-6 minggu untuk Gred 2
- 3 bulan untuk Gred 3.
ICE
Untuk meredakan sakit dan bengkak
COMPRESSION
Balut kaki yang tercedera supaya pergerakan terhad
ELEVATION
Tinggikan kaki daripada paras jantung untuk mengurangkan bengkak
Seterusnya anda boleh mendapatkan:-
- Rawatan Fisioterapi
- Gunakan ubat penahan sakit tanpa preskripsi seperti ibuprofen dan acetaminophen.
- Sediakan tongkat atau topang untuk mengelakkan kaki yang cedera menanggung berat
- Massage/ urutan: DIELAKKAN dalam masa 48 ke 72 jam yang pertama. Selepas itu urutan dibolehkan (perlu mendapatkan konsultasi)
- Jika otot didapati telah beralih daripada posisinya, pembedahan akan diperlukan untuk menggantikan otot tersebut dan membetulkan otot yang terkoyak
BAGAIMANA KAMI DAPAT BANTU PULIHKAN KECEDERAAN FIZIKAL ANDA DENGAN RAWATAN TERAPI MANUAL?
Setelah merawat lebih 5,000 pelanggan di Armels Sports Recovery Center, kami sedar begitu ramai sekali pelanggan/pesakit tidak mengetahui kecederaan fizikal yang mereka alami.
Ada yang sudah sampai tahap kronik!
Ada juga yang keliru dengan kecederaan yang mereka alami.
JENIS-JENIS KECEDERAAN FIZIKAL
Pelbagai jenis kecederaan fizikal yang telah kami kesan yang kerap berlaku di kalangan pelanggan/pesakit kami.
Antaranya:
Dan pelbagai lagi kecederaan fizikal yang lain.
JANGAN RISAU!
Kami sedia membantu anda mengenalpasti kecederaan yang anda alami.
SEMUANYA AKAN DIMULAKAN DENGAN PEMERIKSAAN KECEDERAAN
Pemeriksaan kecederaan dilakukan dengan melalui 4 fasa:
INJURY HISTORY
Certified Therapists akan bertanya tentang sejarah kecederaan bagi memahami dengan lebih terperinci tentang kecederaan yang dialami.
Sakit kat mana? Dah berapa lama?
OBSERVATION
Therapist akan melakukan pemerhatian pada bahagian kecederaan.
Adakah ada sebarang perubahan pada bahagian kecederaan seperti bengkak atau lebam?
PALPATION
Therapist akan menyentuh pada kawasan kecederaan untuk mengetahui tahap kecederaan yang dialami.
EXAMINATION
Ini adalah fasa terakhir di dalam pemeriksaan kecederaan di mana therapist akan melakukan ujian fizikal untuk melihat keterbatasan pergerakan pada kawasan kecederaan.
Sesi pemeriksaan kecederaan ini biasanya akan mengambil masa dalam lingkungan 30 minit.
Dan kebiasaannya di mana-mana pusat rawatan terapi, anda akan dicaj pada kadar sekitar RM70 hingga RM120 untuk sesi pemeriksaan kecederaan ini.
PEMERIKSAAN KECEDERAAN INI ADALAH PERCUMA
BOLEH SAYA DAPATKAN TERUS RAWATAN SELEPAS PEMERIKSAAN KECEDERAAN SELESAI DILAKUKAN?
Ya, boleh!
Selepas sesi pemeriksaan kecederaan dilakukan, kami akan mengesyorkan rawatan yang sesuai mengikut jenis dan tahap kecederaan anda. (Tanpa paksaan!)
APA KATA PELANGGAN KAMI?
BERMINAT NAK DAPATKAN PEMERIKSAAN KECEDERAAN DAN RAWATAN DENGAN KAMI?
Lakukan tempahan dengan menghubungi kami di 0134069885
Kami beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Pilih masa yang bersesuaian dengan anda.
013-4069885 (Call/Whatsapp)
Lokasi kami adalah di Ampang, berdekatan Tesco Extra Ampang.
ARMELS SPORTS RECOVERY CENTER