SINDROM CARPAL TUNNEL
Sindrom Carpal Tunnel merujuk kepada simptom dan tanda yang berlaku apabila saraf Median mengalami tekanan, himpitan atau kompresi apabila ianya melalui terowong Carpal (Carpal Tunnel).
Carpal Tunnel adalah struktur anatomi yang berbentuk satu laluan, seperti terowong, yang menjadi laluan beberapa tendon dan juga saraf Median.
Saraf Median adalah saraf yang membekalkan keupayaan motor (otot) dan juga deria (sensasi) kepada bahagian permukaan lateral tapak tangan dan bahagian jari-jari lateral.
Apabila saraf Median ini mengalami tekanan, himpitan atau kompresi di dalam terowong ini, bahagian otot dan juga kawasan yang menerima bekalan deria dan motor daripada saraf ini akan terjejas.
SIMPTOM
1. Rasa sakit, kebas atau rasa seperti renjatan yang bermula di bahagian bawah tapak tangan dan merebak ke ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.
2. Untuk melegakan rasa sakit dan kebas ini, pesakit biasanya akan menghayunkan tangan mereka beberapa kali.
3. Sakit ini juga akan menjadi lebih teruk pada waktu malam sehingga menyebabkan anda sukar tidur.
4. Masalah dengan kekuatan genggaman tangan dan juga fungsi jari-jemari yang dibekalkan oleh saraf Median. Pesakit akan mula perasan masalah ini apabila sesuatu yang mereka pegang mula terlepas daripada genggaman mereka (cawan, pinggan, telefon bimbit, plastik membeli-belah)
5. Otot ibu jari di bahagian tapak tangan mula mengecil dan fungsi dan kekuatan tangan merosot dengan banyak jika keadaan menjadi kronik/teruk
SIAPAKAH YANG BERISIKO UNTUK MENDAPAT PENYAKIT INI?
- Pergerakan pergelangan (fleksi dan extensi) tangan yang kerap dan berulang , dan juga mereka yang melakukan aktiviti yang kerap memberi tekanan kepada tapak tangan khususnya di bahagian tulang carpal.
- Pekerjaan yang kerap menulis (banyak membabitkan pergerakan tangan yang berulang) seperti guru, penulis, pekerja kilang buatan dan kerani pejabat.
- Mereka yang kerap menaip di komputer (banyak memberi tekanan kepada bahagian bawah tapak tangan) seperti editor, pereka grafik dan atlet sukan elektronik.
- Keadaan yang membawa kepada pengumpulan cecair dalam badan seperti penyakit tiroid, masalah buah pinggang, obesiti, kencing manis, menopaus dan juga ibu mengandung.
- Wanita juga lebih cenderung untuk menghidap penyakit ini berbanding lelaki.
- Penyakit sendi seperti Reumatoid Atritis dan juga kecederaan terhadap kawasan terowong Carpal turut berupaya untuk menyumbang kepada keterjadian sindrom ini.
RAWATAN
- Modaliti haba, sejuk dan pulsed ultrasound bagi mengurangkan kesakitan
- Pemakaian night splint akan dapat mengurangkan simptom semasa tidur
- Pemakaian working splint membantu untuk mengurang simptom semasa melakukan kerja-kerja seharian
- Urutan Transverse friction terbukti berkesan secara cepat dan berkala
- Taping turut membantu di dalam pengurangan sakit Carpal Tunnel Syndrome.
- Melakukan Senaman regangan dan kekuatan
BAGAIMANA KAMI DAPAT BANTU PULIHKAN KECEDERAAN FIZIKAL ANDA DENGAN RAWATAN TERAPI MANUAL?
Setelah merawat lebih 5,000 pelanggan di Armels Sports Recovery Center, kami sedar begitu ramai sekali pelanggan/pesakit tidak mengetahui kecederaan fizikal yang mereka alami.
Ada yang sudah sampai tahap kronik!
Ada juga yang keliru dengan kecederaan yang mereka alami.
JENIS-JENIS KECEDERAAN FIZIKAL
Pelbagai jenis kecederaan fizikal yang telah kami kesan yang kerap berlaku di kalangan pelanggan/pesakit kami.
Antaranya:
Dan pelbagai lagi kecederaan fizikal yang lain.
JANGAN RISAU!
Kami sedia membantu anda mengenalpasti kecederaan yang anda alami.
SEMUANYA AKAN DIMULAKAN DENGAN PEMERIKSAAN KECEDERAAN
Pemeriksaan kecederaan dilakukan dengan melalui 4 fasa:
INJURY HISTORY
Certified Therapists akan bertanya tentang sejarah kecederaan bagi memahami dengan lebih terperinci tentang kecederaan yang dialami.
Sakit kat mana? Dah berapa lama?
OBSERVATION
Therapist akan melakukan pemerhatian pada bahagian kecederaan.
Adakah ada sebarang perubahan pada bahagian kecederaan seperti bengkak atau lebam?
PALPATION
Therapist akan menyentuh pada kawasan kecederaan untuk mengetahui tahap kecederaan yang dialami.
EXAMINATION
Ini adalah fasa terakhir di dalam pemeriksaan kecederaan di mana therapist akan melakukan ujian fizikal untuk melihat keterbatasan pergerakan pada kawasan kecederaan.
Sesi pemeriksaan kecederaan ini biasanya akan mengambil masa dalam lingkungan 30 minit.
Dan kebiasaannya di mana-mana pusat rawatan terapi, anda akan dicaj pada kadar sekitar RM70 hingga RM120 untuk sesi pemeriksaan kecederaan ini.
PEMERIKSAAN KECEDERAAN INI ADALAH PERCUMA
BOLEH SAYA DAPATKAN TERUS RAWATAN SELEPAS PEMERIKSAAN KECEDERAAN SELESAI DILAKUKAN?
Ya, boleh!
Selepas sesi pemeriksaan kecederaan dilakukan, kami akan mengesyorkan rawatan yang sesuai mengikut jenis dan tahap kecederaan anda. (Tanpa paksaan!)
APA KATA PELANGGAN KAMI?
BERMINAT NAK DAPATKAN PEMERIKSAAN KECEDERAAN DAN RAWATAN DENGAN KAMI?
Lakukan tempahan dengan menghubungi kami di 0134069885
Kami beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Pilih masa yang bersesuaian dengan anda.
013-4069885 (Call/Whatsapp)
Lokasi kami adalah di Ampang, berdekatan Tesco Extra Ampang.
ARMELS SPORTS RECOVERY CENTER